assalamualaikum...
pertama sekali, apa sahaja yang aku titipkan dan coretkan disini bukan lah untuk aku beritakan kepada manusia bagaimana perasaanku, perjalanan hidup ku, dan hasrat hatiku..dan bukan juga untuk tatapan manusia sejagat...tapi hanyalah semata mata untuk meluahkan apa yang terpendam dan terbuku dihati selama menempuh perjalanan dimuka bumi Allah selama 24 tahun lepas ini..aku bukanlah manusia yang pandai dalam meluahkan perasaan sesama manusia, ataupun berkongsi perasaan dengan kucing atau menjerit pada si pokok mahupun menjerit di puncak gunung..mungkin penulisan dan coretan ini sahaja yang mmpu aku gunakan utk meluahkan ape yg terpendam dan yg terbuku dihati ini buat sekian lamanya..ramai rakan2 sekerja dan sekuliah aku yg mengatakan bahawa aku nie si mulut berzip@ sipendiam@ si cover macho @ si kera sumbang..aku pn xpaham, kenapa aku di tuduh sedemikian rupa..aku rasa bukan lah satu dosa utk aku menjadi sseorng yg tidak pndai bersosial, tidak pandai berkata2 dlam urusan seharian dan tidak pndai meluahkan perasaan sesama rakan kalau ada masalah...tuduhan tu berlarutan sehingga rakan2 membuat spekulasi yg tak berapa aku senangi..tp bukan jenis aku utk melawan atau bertelagah dalam soal2 melibatkan ssuatu yang aku rasa tak penting..tp yang paling aku xsuka bile diorng tuduh aku berkawan dengan orng bunian sbb aku suka bercakap sorng2..hahaha..mgkin kedengaran mcm aku nie sewel kot..tp aku bukan bercakp sorng2 sbnarnya..aku cuma membaca ssuatu yg terlintas didepan mata tanpa diorng perasan ape yg ade didepan diorng..ikut korng r nk ckap ape pn..asalkan aku bahagia sudah..cukup smpai disini...
Smalam aku dikejutkan dengan berita dari seorng sahabat mengatakan salah seorng sahabat kami dimasukkan ke wad hospital kuala lumpur kerana menghidapi penyakit leukimia, sahabatku yg bernama khubayb (kubab) ini kini berada di wad blok pediatrik, bilik no 8..sejurus mendengar perkhabaran ini,aku terus terduduk, diam seribu bahasa dan mengalami demam sepanjang hari semalam..ya Allah..ssunguhnya aku yg hanya cume mendengar tentang penyakit ini, cukup gerun dengan ujian mu itu, berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikulnya..aku tidak mmpu utk membayangkan penderitaan mu wahai sahabat...ssunguhnya, aku manusia yg lemah..tidak berdaya dlam melakukan ape sahaja melainkan izin-Nya ...aku doakan kesihatan dan keampunan utk dirimu wahai sahabat, agar kite boleh meneruskan persahabatan ini utk masa lebih panjang dan terus bersama2 dalam mengembangkan apa yg kite pelajari dalam kehidupan kita ini..
Dalam seharian aku duk terfikir betapa kehidupan ini sngat singkat,begitu cepat masa yg berlalu sejak engkau ciptakan alam ini, betapa sangat singkat masa yg Engkau berikan kepada kami dalam kami menjani kehidupan seharian...dari itu aku menyedari bahawa tidak ade yg lebih bernilai dari kasih syg Mu, tidak ade ssuatu yg lebih bermakna dari Redha Mu,tidak ade yg lebih hebat dari nikmat Mu dan tidak ada yg lebih hebat dari kekuasaanMu...jauh aku merenung ke ufuk timur di petang ini memandang tepat kearah mentari merah yg cukup indah itu..betapa agungnya kehebatan ciptaann mu ya Allah..aku berterima kasih atas nikmat2 yg Engkau kurniakan kepada ku selama aku hidup di alam Mu ini..aku bersyukur kerana diberi peluang utk menghirup udara segar setiap hari..setiap detik nafas yg ku hela ini,adalah ehsan dari Mu...aku tidak layak utk berterima kasih pada Mu..cume yg aku ingin katakan, aku sngt Bersyukur atas kasih sayangMu pada ku Ya Allah...
ALHAMDULILLAH..
No comments:
Post a Comment