assalamualaikum...
pertama sekali, apa sahaja yang aku titipkan dan coretkan disini bukan lah untuk aku beritakan kepada manusia bagaimana perasaanku, perjalanan hidup ku, dan hasrat hatiku..dan bukan juga untuk tatapan manusia sejagat...tapi hanyalah semata mata untuk meluahkan apa yang terpendam dan terbuku dihati selama menempuh perjalanan dimuka bumi Allah selama 24 tahun lepas ini..aku bukanlah manusia yang pandai dalam meluahkan perasaan sesama manusia, ataupun berkongsi perasaan dengan kucing atau menjerit pada si pokok mahupun menjerit di puncak gunung..mungkin penulisan dan coretan ini sahaja yang mmpu aku gunakan utk meluahkan ape yg terpendam dan yg terbuku dihati ini buat sekian lamanya..ramai rakan2 sekerja dan sekuliah aku yg mengatakan bahawa aku nie si mulut berzip@ sipendiam@ si cover macho @ si kera sumbang..aku pn xpaham, kenapa aku di tuduh sedemikian rupa..aku rasa bukan lah satu dosa utk aku menjadi sseorng yg tidak pndai bersosial, tidak pandai berkata2 dlam urusan seharian dan tidak pndai meluahkan perasaan sesama rakan kalau ada masalah...tuduhan tu berlarutan sehingga rakan2 membuat spekulasi yg tak berapa aku senangi..tp bukan jenis aku utk melawan atau bertelagah dalam soal2 melibatkan ssuatu yang aku rasa tak penting..tp yang paling aku xsuka bile diorng tuduh aku berkawan dengan orng bunian sbb aku suka bercakap sorng2..hahaha..mgkin kedengaran mcm aku nie sewel kot..tp aku bukan bercakp sorng2 sbnarnya..aku cuma membaca ssuatu yg terlintas didepan mata tanpa diorng perasan ape yg ade didepan diorng..ikut korng r nk ckap ape pn..asalkan aku bahagia sudah..cukup smpai disini...
Smalam aku dikejutkan dengan berita dari seorng sahabat mengatakan salah seorng sahabat kami dimasukkan ke wad hospital kuala lumpur kerana menghidapi penyakit leukimia, sahabatku yg bernama khubayb (kubab) ini kini berada di wad blok pediatrik, bilik no 8..sejurus mendengar perkhabaran ini,aku terus terduduk, diam seribu bahasa dan mengalami demam sepanjang hari semalam..ya Allah..ssunguhnya aku yg hanya cume mendengar tentang penyakit ini, cukup gerun dengan ujian mu itu, berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikulnya..aku tidak mmpu utk membayangkan penderitaan mu wahai sahabat...ssunguhnya, aku manusia yg lemah..tidak berdaya dlam melakukan ape sahaja melainkan izin-Nya ...aku doakan kesihatan dan keampunan utk dirimu wahai sahabat, agar kite boleh meneruskan persahabatan ini utk masa lebih panjang dan terus bersama2 dalam mengembangkan apa yg kite pelajari dalam kehidupan kita ini..
Dalam seharian aku duk terfikir betapa kehidupan ini sngat singkat,begitu cepat masa yg berlalu sejak engkau ciptakan alam ini, betapa sangat singkat masa yg Engkau berikan kepada kami dalam kami menjani kehidupan seharian...dari itu aku menyedari bahawa tidak ade yg lebih bernilai dari kasih syg Mu, tidak ade ssuatu yg lebih bermakna dari Redha Mu,tidak ade yg lebih hebat dari nikmat Mu dan tidak ada yg lebih hebat dari kekuasaanMu...jauh aku merenung ke ufuk timur di petang ini memandang tepat kearah mentari merah yg cukup indah itu..betapa agungnya kehebatan ciptaann mu ya Allah..aku berterima kasih atas nikmat2 yg Engkau kurniakan kepada ku selama aku hidup di alam Mu ini..aku bersyukur kerana diberi peluang utk menghirup udara segar setiap hari..setiap detik nafas yg ku hela ini,adalah ehsan dari Mu...aku tidak layak utk berterima kasih pada Mu..cume yg aku ingin katakan, aku sngt Bersyukur atas kasih sayangMu pada ku Ya Allah...
ALHAMDULILLAH..
penghasilan blog dan penulisan disini bukan lah utk tatapan seluruh insan yg mementingkan populariti,sharing atau sesuatu utk membuat penulis mendapat sesuatu yg tidak diinginkan..penulisan hanyalah utk meluahkan isi hati, pendapat, atau penilaian dari mata kasar...maafkan seandainya bahasa2 blog ini tidak mengikut protokol2 penulisan rasmi..ini hanya lah tulisan puitis isi hati penulis sendiri
Thursday, 28 June 2012
KESEDIHAN ITU MEMBUAT KITA DEKAT DENGAN DIA
Saat kita menempuh onak duri dunia
derita sekali sekala mencuit hati
hati remuk menangis tak berhenti
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
ketika itu sabar pun sudah tidak dikenali lagi
dalam terharu air mata tertumpah juga
wahai hamba Ilahi......
kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yg Allah aturkan untuk kita
adakalanya kita rasa tersangat gembira, adakalanya kita rasa tersangat sedih
namun jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
tuhan yang maha luas kasih sayangNya
PERCAYALAH...
Allah tidak akan menduga hambaNya
kecuali untuk melihat hambaNya
tertawa disana....tersenyum disana...berbahagia disana...
insyaAllah di syurga yang mengalir dibawah nya
sungai sungai yang mendamaikan jiwa
betapa indahnya..........
wahai hamba Allah
jangan bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin
dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya
kesedihan demi kesedihan
bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan
dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak berguna
padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah
untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah
serta bebas daripada rasa kesedihan
gara gara kesedihan
makanan yang lazat terasa hambar
bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu
ingatlah tangisan terindah itu apabila butir butir air mata
mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah
dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah
wahai hamba Allah....
lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu
sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa
senyuman yang kau berikan
dan air mata yang kau titiskan...SIMPAN...JADIKAN TAULADAN
segala yang kau pandang dan dengar...SIMPAN...BUAT PEDOMAN...

Subscribe to:
Comments (Atom)