Perasaan
hambar kembali
menyelinap keruang sudut hatiku selepas beberapa ketika hati ini disulami perasaan yg berbunga
harum menghiasi kehidupan yg seakan akan
menutup kesunyian hidup ini selama ini..harapan yg dlunya kabur, telah
diserikan seketika..tp kini, keserian itu sekali lagi telah di lutupi kembali
dengan kabus kabus gelap yg memadam sinar
kebahgiaan yg aku jangka akan kekal berpanjangan selama lamanya…
Dan walaupn
aku mmpu untuk hidup selama lama nya,tp
aku mgkin masih lagi kesunyian..sehingga aku jumpa bintang ku yg aku bleh kongsi perasaan aku ini..dan
mgkin itu lebih bermakna..inikah perasaan apabila disisih satu
perasaan agung yg pernah diciptakan
tuhan utk makhluk Nya,…perasaan yg menyatukan, Adam dan Hawa, yusuf dan
zulaikha, dan Muhammad dn khadijah.
Aku tak pernah nk mengharapkan sesuatu yg
sempurna dlam hubungan ini, cume aku harapkan hadir seseorng insan yg memahami
akan perasaan ini, perasaan ingin disayangi, ditemani siang dan malam, sentiasa
ade yg menyokong dlam setiap bnde yg aku lakukan…itu dah memadai.. satu takdir
yg akan menyatukan kami dan akn bersama2 ke syurga Mu…
Tp aku tahu, masanya masih belum smpai
diketika ini.. masih belum timbul bibit2 masa
indah itu, wlaupn hatiku sudah meronta2 cemburu melihat insan2 terdekat bahagia
dgan pasangan hidup diorng, jelas terukir di bibir pasangan2 ini satu senyuman kebahagiaan yg sudah menjadi titik jejak
ku sejak dahulu..sejak aku mula mengenali perasaan syg, cinta..
Kepada insan yg pernah memberi harapan
dan kebahagian kepada hati ini selama ini, aku utuskan
seribu ucapan terima kasih kerana memberi
peluang kepada hati ini utk menikmati perasaan indah itu walaupn seketika..terima
kasih..
Aku kadang2 tu risau dengan keadaan aku
ini, sbb perasaan ini kadang2 tu, membuatkan insan ini rimas terhadap aku..cara
aku, layanan aku yg aku sendiri kadang2 tu
tidak mmpu mengawalnya..bukan aku
ingin menyusahkan hidup insan yg istimewa ini, tp aku masih lemah dlam
memahami dan memenuhi hasrat hati seseorng..
aku mmg tidak dilahirkan dengan bakat,
kelebihan dan anugerah yg mmpu membuat
diriku sempurna di mata insan dan masyarakat..tp itu sebenarnya lebih
baik..sebab aku tahu, semakin mudah kite mendapatkan sesuatu, semakin mudah kite
kehilangannya dan nilainya akan semakin cepat menyusut ditelan masa..tp kadang2 tu,ape yg aku tahu, ape yg aku pegang selama ini, ade
sedikit kegoyahan terhadapnya..ujian yg Engkau berikan,KAdang2 mengheret aku
kedalam kejurang kegagalan..ya Allah…bantulah hamba Mu ini melawan setiap ujian dan dugaan ini dengan
hati yg kuat dan utuh,dan sentiasalah hatiku dekat dengan Mu..
No comments:
Post a Comment